Monday 14 January 2013

Pure Marine Collagen in the Press



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Just to share with you guys, that Pure Marine Collagen atau Rumpai Laut pernah dimasukkan dalam Berita Harian. Tengok imej dibawah.

Online version boleh tengok dekat link ni :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajirumpailaut/Article/

This is another article on Seaweed.



Insyallah berkesan untuk merawat sakit kronik.


Halal - Boleh digunakan tanpa was-was.



 Produk Mi Sayur - Kajian dari UMS

MI sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.
Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.
“Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja,” kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.
Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut daripada jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.
“Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi,” katanya.
 Kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega-3 sebagai asid lemak yang penting boleh membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Ia juga boleh bertindak sebagai antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah.
Kajian juga menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Pensyarah kanan Teknologi Makanan dan Bioproses di UMS, Patricia Matanjum berkata, mi sayur yang dihasilkan penyelidik universiti itu tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.
Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada nilai antioksidanya yang tinggi.
“Antioksida seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan antioksida di dalamnya meningkat selepas dididih. Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas,” demikian menurut Matanjun.
PATRICIA menunjukkan produk mi sayur rumpai laut hasil penyelidikan saintis UMS



So dah memang terbukti yang Rumpai Laut ni memang berkhasiat. So why not give it a try. Mana tau kita boleh jadi lebih sihat. In Sha Allah dengan izinNya.
Hope info ni will interest you.



No comments:

Post a Comment