Saturday 26 January 2013

Fasa Rumpai Laut Kering / Dried Seaweed Eucheuma cotton...

Rumpai Laut Gred AAA => Ungu / Violet / Coklat
*pengeringan cara angin panas / hotwind
*warna asal / basah segar adalah coklat merah sebelum proses pengeringan
*pertukaran warna adalah berperingkat2 / berfasa

Fasa 1
*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet
*warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih


Fasa 2 & 3
*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet akan bertukar sepenuhnya
kepada violet kemerahan dan coklat muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 3 bulan atau lebih



Fasa 4 & 5
*warna daripada violet kemerahan dan coklat muda dari fasa 2 & 3 akan
bertukar ke coklat dan coklat gelap
*warna atau peringkat akhir ini dikatakan bahawa ia mempunyai kadar serat yang tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 3 - 4 bulan hingga 1 tahun



Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang red brown. Sistem pengeringan rumpai laut kering
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang hampir
menyamai asal dalam 80 - 90% dari rumpai laut segar.
Warnanya bertukar dari fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.



Rumpai Laut Gred A => Putih / Kuning muda / Coklat muda / Kuning Emas


*pengeringan cara pengewapan / steam
*warna asal / basah segar adalah coklat hijau sebelum proses pengeringan

Fasa 1
*warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 7 hari atau lebih






Fasa 2
*warna bertukar ke kuning muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih




Fasa 3
*warna bertukar ke coklat muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 bulan - 5 bulan



Fasa 4
*warna bertukar ke kuning emas
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 5 bulan - 1 tahun lebih

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang brown green. Sistem pengeringan rumpai laut
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari
rumpai laut kering gred AAA. kemungkinan 60- 70% dari rumpai laut segar
Warna bertukar berperingkat - peringkat / fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.



No comments:

Post a Comment