Thursday 2 May 2013

Kolagen dari Rumpai Laut Berkesankah?


Rumpai Laut membantu mengekalkan KOLAGEN dalam kulit - Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria.(UPM)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/



Kolagen dari Rumpai Laut Berkesankah?
Ini adalah tajuk perbincangan yang dibincangkan dalam Wanita Hari Ini 24 April 2013 di TV3.. Rasenye sudah kali kedua WHI membincangkan pasal rumpai laut ini.. Sesiapa yang tak dapt tengok wanita hari ...ini takpe.. So kami akan kongsikan serba sedikit ilmu yang kami dapat semasa mengikuti siaran WHI.

Panel yang terlibat dalam perbincangan WHI ialah Prof Madya Dr Suhaimi Yasir (Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Rumpai Laut Sabah,UMS) & Hardiyanti Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik & Pembagunan Perniagaan TPM Biotech).

Dalam perbincangan mengatakan tiada kolagen di dalam rumpai laut ini.
Ia hanya digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai terminologi untuk memanggil rumpai laut kerana sifatnya seperti kolagen.
Dari segi sains kolagen adalah komponen protein polimer maknanya bahan asasnya adalah protein. Jadi tidak sama dengan bahan asas dalam rumpai laut kerana strukturnya terdiri dari karbohidrat.

Tetapi rumpai laut ini tinggi dengan serat, protein, mineral, Asid Amino di mana peranan protein & Asid Amino ini membantu dalam menambah baik kolagen yang sedia ada dalam tubuh badan kita. Secara tidak langsung bila kita makan rumpai laut ini sendiri dapat menambah baik kolagen dalam badan dan itu membantu dari segi struktur kulit yang cantik, keanjalan dan sebagainya.

Rumpai laut diistilahkan sebagai organic vegetables, juga mengandungi fibre & potassium yang tinggi. Rumpai laut ini digunakan untuk makanan untuk kecantikan dan juga untuk kesihatan.

Dalam satu penyelidikan dan kajian menggunakan haiwan iaitu tikus. Kesannya adalah positif. Di mana tikus ini diletakkan kolestrol yang tinggi dan apabila disuntik dengan rumpai laut ini taraf kolestrolnya menurun.

Hardiyanti Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik & Pembagunan Perniagaan TPM Biotech) pula memberitahu
Rumpai laut ini penuh dengan mineral, zat, protein dan vitamin (B,C,D,E,Antioksidan) dapat membantu dalam masalah kulit dan juga ekzema. Jika amalkan dan makan hari-hari boleh mengekalkan kandungan kolagen dalam badan yang menyebabkan kulit tegang dan sebagainya, dan memang telah terbukti. Produk-produk kosmetik berasaskan rumpai laut sedang dibangunkan di Malaysia.

Rumpai laut ini adalah bahan organik dan selamat digunakan. Bak kate Prof Madya Dr Suhaimi Nasir boleh diambil selame-lamenye takde masalah :-) Menggunakan rumpai laut adalah semestinya pilihan yang bijak. Kerana ianya 100% bahan semula jadi dan harganya berpatutan.

Testimoni dalam WHI:
Juminah Arbai'e -Mula-mula beliau tidak percaye kan keberkesanannya.tapi setelah mencube sembelit dah takde, kulit rase halus.

Rumusannya, produk-produk dari rumpai laut ini akan dibangunkan. Kerana ianya sangat berguna dan boleh dikomersialkan. Sememangnya ia sangat berkesan untuk kesihatan dan kecantikan.

sumber : Wanita Hari Ini, 24 April 2013 (Rabu)
www.tonton.com.my

Jadi amalkanlah rumpai laut ini untuk mendapat kesihatan dan kecantikan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment