Just to share with you guys, that Pure Marine Collagen atau Rumpai Laut pernah dimasukkan dalam Berita Harian. Tengok imej dibawah.
Online version boleh tengok dekat link ni :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajirumpailaut/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajirumpailaut/Article/
This is another article on Seaweed.
Insyallah berkesan untuk merawat sakit kronik.
Halal - Boleh digunakan tanpa was-was.
Produk Mi Sayur - Kajian dari UMS
MI sayur diperbuat
daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan
dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan
Filipina.
Mereka mengetahui
faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian
lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah
menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih
30 peratus berbanding mi biasa.
“Mi biasa hanya
mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja,” kata Pakar Sains Pemakanan
UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang
memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.
Produk berkenaan
adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan
daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut daripada
jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak
dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih
untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.
“Selain serat diet,
rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia
mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi,”
katanya.
Kajian juga
menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Pensyarah kanan
Teknologi Makanan dan Bioproses di UMS, Patricia Matanjum berkata, mi sayur
yang dihasilkan penyelidik universiti itu tidak mempunyai bahan penambah rasa
atau pengawet.
Beliau yakin bahawa
tarikan produk berkenaan terletak pada nilai antioksidanya yang tinggi.
“Antioksida seperti
yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan antioksida di dalamnya meningkat
selepas dididih. Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh
minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui
suhu panas,” demikian menurut Matanjun.

Hope info ni will interest you.
No comments:
Post a Comment